Thursday, 3 December 2015

Berenang adalah antara exercise yang paling bagus. Nak tau kenapa?

2 minggu tak update blog.. busy sangat akak with macam2 benda. Swimming class anak2 dah start school holiday ni. Pagi2 sebelum masuk office dah terkejar2 nak menghantar dorang ke class.. Nasib baik lar 3 minggu aje.  Ada 12 class.

Tak sabar rasanya nak tengok budak2 ni pandai swimming kan. Kalau ikutkan anak2 mat salleh masa baby lagi dah di campak dalam pool diajar swimming.

Tau tak korang.. swimming @ berenang adalah exercise  yang paling bagus sebab ianya melibatkan pergerakan total body workout dan juga senaman kardio yang terbaik.

Juga, paling bagus untuk turunkan berat badan sebab semua muscles bekerja membakar lemak, membakar kalori yang banyak.  Yang tak kurang juga pentingnya, risiko kecederaan yang paling minimum.









Wednesday, 18 November 2015

Aktiviti musim hujan

Musim hujan ni, tak banyak activities outdoor yang kita boleh buat.. the best option is gym, or indoor sports macam badminton, bowling etc. etc. tak pun kuak lentang atas katil..

hari ni hati tak berapa sedap...  mendung macam cuaca sekarang ni. sekejap hujan sekejap panas.. baru rasa happy semalam. hari ni... mmmmm... sangat tak best.. life goes on.. suka atau tak.. 

dah 3 hari tak exercise.. taknak cakap banyak.. besok kena exercise.. tak boleh lama sangat rest.. nanti pancit..

sekian...


Image result for quotes about life

Sunday, 15 November 2015

"Ladies, we check our phones over 100 times a day. But we sometimes forget the one check that can save our lives: the breast check"... - Nestle Fitness.


Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara@breast cancer. Dalam setahun, dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru diadiagnosakan sebagai kanser payudara. source - myhealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Reminder untuk akak, reminder untuk kita semua. jom kita belajar cara2 buat check sendiri. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Masa yang paling sesuai 7-10 selepas period.

Korang boleh refer kat link bawah ni, macamana nak check, apakah symptoms, apa itu mamogram n macam2 info lagi yang sangat berguna. Untuk kita semua. 

hhttp://www.myhealth.gov.my/index.php/organ-pembiakan/ujian-saringan-kanser-payudara

Korang dah bacakan penyebab2 nya?? selain dari faktor keturunan, umur dan beberapa faktor lain, GEMUK dan MENGAMBIL MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK/KOLESTROL adalah antara penyebab kepada penyakit yang paling ditakuti oleh wanita2 ni.

So, mana yang kita boleh elakkan, kita elakkan. kita kecilkan risiko. Selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Image result for breast cancer awareness

Saturday, 14 November 2015

Hello weekend!!

Hello weekend!! Hah.. dah sampai dah hari yg kita tunggu lepas 5 hari penat pergi balik kerja kan.. time2 yang paling semua orang suka. masa ni lah nak shopping ke, tengok movie ke, gi wedding, picnic, macam2 dah plan dalam kepala.

Walaumacamana busy pun korang over the weekend with macam2 activities, but, please please please... reserve 1 jam untuk diri korang.. tak kira lar pagi ke, petang ke, berjasa pada badan korang sikit. EXERCISE. tak kira lar.. jogging ke, berlari, swimming, cycling. apa2 aje yang korang suka, ikut kemampuan diri.

Korang boleh buat macam ni, for hari sabtu, korang buat pagi satu jam. untuk hari minggu buat petang, satu jam. amacam? tak lar banyak sangat kan.. but the pulangan??  The feeling of everytime lepas korang workout.. oishhhhh.. relieve... rasa macam puas. try lar.. for those yang tak biasa buat. jadikan rutin. 

weekdays maybe korang rasa tak sempat, terkejar2.. nak hantar anak2 rumah babysitter lar, traffic jam lar, balik malam nak masak lagi, nak tengok tv lagi. but actually, without korang sedar, sebenarnya korang boleh aje curi2 time exercise kat office. nak tau camana, gi kerja pun boleh membakar kalori tau, kalau kita practic kan apa yang akak nak bagitau ni..

Berdiri selama 20minit selang beberapa jam mampu membakar sebanyak 100 kalori. sekali sekali korang berdiri lar sambil berbincang dengan kawan2 office tu, kat pantry ke, or sambil berbual on the phone. jangan lar 8 jam bekerja kat office tu, 8 jam korang dok memeram aje atas kerusi. Macam kat office akak, printer/photostat machine agak jauh dari tempat akak, so masa banyak jugaklar berjalan nak kena buat. itu pun namanya exercise. senang kan??

Bagi yang kerja kat office bertingkat2 tu, lagi senang nak exercise. Abaikan lif... hehehe.. mesti ramai tak suka kan dengan idea akak ni. bukan lar akak nak suruh korang naik tangga sampai tingkat 10. contoh, office korang kat tingkat 10, korang naik tangga sampai tinggat 2 atau 3. selebihnya korang naik lif. hahhh... senang2 je kat situ dah burn berapa banyak calories kan. buat hari2. weekend baru korang buat exercise yang betul2. macam yang akak cakap mula2 tadi. 

Senang kan.. macam2 cara yang kita boleh buat. nak dengan taknak je. 

Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. :-) 



Image result for exercise in office 






Friday, 13 November 2015

Today is my birthday.... Akak dah 41!!!

Alhamdullilah... hari ni akak dah masuk 41 tahun k.. 40 series.. dah tua ke?? ehhh tak lerr sangat kan.. hahaha.. 
whatever it is... I am proud of myself. at this age, akak masih lagi boleh active.

So, kalau akak boleh, korang pun boleh. Age is only a number k. Jangan jadikan excuse malas nak exercise rasa dah tak larat, umur makin meningkat.. no.. no .. no.

hari ni akak tak nak banyak cite, nak belanja birthday pictures. :-)..

jangan tanya berapa banyak akak makan hari ni.. tak nak jawab.. weekend ni nak cover balik apa yang akak dah bedal hari ni... arghhhhhhhhhhhh.....


Thursday, 12 November 2015

80 percent biggest loser contestants regain weight??? Apakah??


"We are all fat again!' Former Biggest Loser contestants admit "almost all of them" have regained their weight. Kebanyakan peserta 'Biggest Loser' kembali gemuk??

Ini orang kata, sindrome 'Yoyo'. Sekejap gemuk sekejap kurus.

Biasa terjadi ok bagi kita kaum2 wanita ni.. jangan terkejut ok. Nak kurus bukan senang, tapi bila dah kurus, tak sampai sebulan dah gemuk balik. nak maintain bukan senang.

Korang rasa lar kan, agak2 macamana boleh jadi macam ni...

Jangan ingat bila dah kurus boleh makan banyak. Metabolisma semakin rendah. Makin turun berat badan, metabolisma perlukan kalori yang lebih sikit.

Makin malas nak exercise... Almaklumlah dah kurus kan......

Image result for biggest loser


Image result for biggest loser






Wednesday, 11 November 2015

JOM TENGOK BERAPA BANYAK BOLEH BURN CALORIES BUAT KERJA RUMAH JERR


sumber : depositphotos
Siapa kata buat kerja2 rumah tak boleh burn calories?? Of coz boleh. so, bagi housewife2 yang setia bekerja 7 hari seminggu dari rumah tu.. jomm kita tengok berapa calories yang korang berjaya bakar bagi setiap 1 jam korang bekerja. Estimate/anggaran ya. Bergantung pada faktor2 lain contohnya berat badan, metabolism etc.  

Menyapu lantai - 155 calories
Mopping - 170 calories
Membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja (termasuk berjalan) - 100 calories
Membasuh pinggan mangkuk (berdiri) - 88 calories
Vacuuming - 170 calories
Memasak - 68 calories
Menggosok pakaian - 88 calories
Memasak (termasuk berjalan) - 100 calories
Menyiram pokok bunga - 100 calories
Mengendong baby - 136 calories

Yang akak list down kat atas ni.. kerja2 yang regular korang biasa buat kat rumah lar..

Walau apapun, kalau korang sarung kasut jap.. jogging untuk satu jam kat sekitar kawasan perumahan atau kat taman2 ke dekat area rumah korang, boleh burn calories lagi banyak k, lebih kurang 600 calories sejam. bukannya nak kena lari pecut sprint, korang nak kejar sapa? cukup dengan berjogging. Paling kurang pun, kalau berjalan untuk satu jam pun boleh burn 300 calories. Jalan laju sikit k (brisk walk), bukan jalan2 sambil berselfie.. atau berfacebook.. 

Setiap 8,000 calories yang terkumpul dalam badan kita, yang tidak dibakar semasa aktiviti senaman dan lain2 activities macam yang akak mention kat atas tu, akan menaikkan berat badan kita kepada 1 kilogram ok. So, amalkan pemakanan seimbang dan rajin2 lar buat kerja rumah :-) kalau dah malas nak pergi bersenam...