Wednesday, 18 November 2015

Aktiviti musim hujan

Musim hujan ni, tak banyak activities outdoor yang kita boleh buat.. the best option is gym, or indoor sports macam badminton, bowling etc. etc. tak pun kuak lentang atas katil..

hari ni hati tak berapa sedap...  mendung macam cuaca sekarang ni. sekejap hujan sekejap panas.. baru rasa happy semalam. hari ni... mmmmm... sangat tak best.. life goes on.. suka atau tak.. 

dah 3 hari tak exercise.. taknak cakap banyak.. besok kena exercise.. tak boleh lama sangat rest.. nanti pancit..

sekian...


Image result for quotes about life

Sunday, 15 November 2015

"Ladies, we check our phones over 100 times a day. But we sometimes forget the one check that can save our lives: the breast check"... - Nestle Fitness.


Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara@breast cancer. Dalam setahun, dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru diadiagnosakan sebagai kanser payudara. source - myhealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Reminder untuk akak, reminder untuk kita semua. jom kita belajar cara2 buat check sendiri. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Masa yang paling sesuai 7-10 selepas period.

Korang boleh refer kat link bawah ni, macamana nak check, apakah symptoms, apa itu mamogram n macam2 info lagi yang sangat berguna. Untuk kita semua. 

hhttp://www.myhealth.gov.my/index.php/organ-pembiakan/ujian-saringan-kanser-payudara

Korang dah bacakan penyebab2 nya?? selain dari faktor keturunan, umur dan beberapa faktor lain, GEMUK dan MENGAMBIL MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK/KOLESTROL adalah antara penyebab kepada penyakit yang paling ditakuti oleh wanita2 ni.

So, mana yang kita boleh elakkan, kita elakkan. kita kecilkan risiko. Selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Image result for breast cancer awareness

Saturday, 14 November 2015

Hello weekend!!

Hello weekend!! Hah.. dah sampai dah hari yg kita tunggu lepas 5 hari penat pergi balik kerja kan.. time2 yang paling semua orang suka. masa ni lah nak shopping ke, tengok movie ke, gi wedding, picnic, macam2 dah plan dalam kepala.

Walaumacamana busy pun korang over the weekend with macam2 activities, but, please please please... reserve 1 jam untuk diri korang.. tak kira lar pagi ke, petang ke, berjasa pada badan korang sikit. EXERCISE. tak kira lar.. jogging ke, berlari, swimming, cycling. apa2 aje yang korang suka, ikut kemampuan diri.

Korang boleh buat macam ni, for hari sabtu, korang buat pagi satu jam. untuk hari minggu buat petang, satu jam. amacam? tak lar banyak sangat kan.. but the pulangan??  The feeling of everytime lepas korang workout.. oishhhhh.. relieve... rasa macam puas. try lar.. for those yang tak biasa buat. jadikan rutin. 

weekdays maybe korang rasa tak sempat, terkejar2.. nak hantar anak2 rumah babysitter lar, traffic jam lar, balik malam nak masak lagi, nak tengok tv lagi. but actually, without korang sedar, sebenarnya korang boleh aje curi2 time exercise kat office. nak tau camana, gi kerja pun boleh membakar kalori tau, kalau kita practic kan apa yang akak nak bagitau ni..

Berdiri selama 20minit selang beberapa jam mampu membakar sebanyak 100 kalori. sekali sekali korang berdiri lar sambil berbincang dengan kawan2 office tu, kat pantry ke, or sambil berbual on the phone. jangan lar 8 jam bekerja kat office tu, 8 jam korang dok memeram aje atas kerusi. Macam kat office akak, printer/photostat machine agak jauh dari tempat akak, so masa banyak jugaklar berjalan nak kena buat. itu pun namanya exercise. senang kan??

Bagi yang kerja kat office bertingkat2 tu, lagi senang nak exercise. Abaikan lif... hehehe.. mesti ramai tak suka kan dengan idea akak ni. bukan lar akak nak suruh korang naik tangga sampai tingkat 10. contoh, office korang kat tingkat 10, korang naik tangga sampai tinggat 2 atau 3. selebihnya korang naik lif. hahhh... senang2 je kat situ dah burn berapa banyak calories kan. buat hari2. weekend baru korang buat exercise yang betul2. macam yang akak cakap mula2 tadi. 

Senang kan.. macam2 cara yang kita boleh buat. nak dengan taknak je. 

Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. :-) 



Image result for exercise in office 






Friday, 13 November 2015

Today is my birthday.... Akak dah 41!!!

Alhamdullilah... hari ni akak dah masuk 41 tahun k.. 40 series.. dah tua ke?? ehhh tak lerr sangat kan.. hahaha.. 
whatever it is... I am proud of myself. at this age, akak masih lagi boleh active.

So, kalau akak boleh, korang pun boleh. Age is only a number k. Jangan jadikan excuse malas nak exercise rasa dah tak larat, umur makin meningkat.. no.. no .. no.

hari ni akak tak nak banyak cite, nak belanja birthday pictures. :-)..

jangan tanya berapa banyak akak makan hari ni.. tak nak jawab.. weekend ni nak cover balik apa yang akak dah bedal hari ni... arghhhhhhhhhhhh.....


Thursday, 12 November 2015

80 percent biggest loser contestants regain weight??? Apakah??


"We are all fat again!' Former Biggest Loser contestants admit "almost all of them" have regained their weight. Kebanyakan peserta 'Biggest Loser' kembali gemuk??

Ini orang kata, sindrome 'Yoyo'. Sekejap gemuk sekejap kurus.

Biasa terjadi ok bagi kita kaum2 wanita ni.. jangan terkejut ok. Nak kurus bukan senang, tapi bila dah kurus, tak sampai sebulan dah gemuk balik. nak maintain bukan senang.

Korang rasa lar kan, agak2 macamana boleh jadi macam ni...

Jangan ingat bila dah kurus boleh makan banyak. Metabolisma semakin rendah. Makin turun berat badan, metabolisma perlukan kalori yang lebih sikit.

Makin malas nak exercise... Almaklumlah dah kurus kan......

Image result for biggest loser


Image result for biggest loser






Wednesday, 11 November 2015

JOM TENGOK BERAPA BANYAK BOLEH BURN CALORIES BUAT KERJA RUMAH JERR


sumber : depositphotos
Siapa kata buat kerja2 rumah tak boleh burn calories?? Of coz boleh. so, bagi housewife2 yang setia bekerja 7 hari seminggu dari rumah tu.. jomm kita tengok berapa calories yang korang berjaya bakar bagi setiap 1 jam korang bekerja. Estimate/anggaran ya. Bergantung pada faktor2 lain contohnya berat badan, metabolism etc.  

Menyapu lantai - 155 calories
Mopping - 170 calories
Membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja (termasuk berjalan) - 100 calories
Membasuh pinggan mangkuk (berdiri) - 88 calories
Vacuuming - 170 calories
Memasak - 68 calories
Menggosok pakaian - 88 calories
Memasak (termasuk berjalan) - 100 calories
Menyiram pokok bunga - 100 calories
Mengendong baby - 136 calories

Yang akak list down kat atas ni.. kerja2 yang regular korang biasa buat kat rumah lar..

Walau apapun, kalau korang sarung kasut jap.. jogging untuk satu jam kat sekitar kawasan perumahan atau kat taman2 ke dekat area rumah korang, boleh burn calories lagi banyak k, lebih kurang 600 calories sejam. bukannya nak kena lari pecut sprint, korang nak kejar sapa? cukup dengan berjogging. Paling kurang pun, kalau berjalan untuk satu jam pun boleh burn 300 calories. Jalan laju sikit k (brisk walk), bukan jalan2 sambil berselfie.. atau berfacebook.. 

Setiap 8,000 calories yang terkumpul dalam badan kita, yang tidak dibakar semasa aktiviti senaman dan lain2 activities macam yang akak mention kat atas tu, akan menaikkan berat badan kita kepada 1 kilogram ok. So, amalkan pemakanan seimbang dan rajin2 lar buat kerja rumah :-) kalau dah malas nak pergi bersenam... 

Tuesday, 10 November 2015

HOLIDAY... HOLIDAY JUGA



Siapa yang gi holiday long weekend ni? Long weekend for those yang ambik cuti hari Isnin macam akak lar.. 

Akak pun baru balik dari Langkawi ni. Biasalah kalau pergi holiday ni.. apa yang paling akak tak suka.. bila balik rumah.. semput nafas bila naik timbang berat tu.. especially bila jarum tu menginjak naik 2-3kg. Arghhhhhh... tak sukaa... korang pun mesti pernah ada rasa camni kan.........

Mesti korang dah boleh agak apa yang akak dah buat kat Langkawi ni. selain dari shopping (harus lerr) makan, makan n makan.... Laksa Ikan Sekoq, Nasi goreng Langkawi special etc. etc. takda peluang nak exercise.

Nasi Kukus Laman Padi - share 5 orang.
Nasi Goreng Langkawi Special - tah berapa ratus kalori lar ni,, kena visit page cekodok.com
Ada jugak jeling2 gymnasium kat apartment yang akak stay tu.. malangnya........ ada pulak notice terpampang kat pintu gym tu "this gymnasium is only for owners".. mmmmm... nak buat camne. kita visitor jer.. Jeling je lar sampai sudah.. 

Tak bagus. korang jangan follow ni. Kalau korang pergi holiday, jadikan satu tabiat, bawak sepasang running shoes (wajib), so pagi2 bila activity berjimba tak start lagi, korang boleh lari seround dua kat area hotel or kalau hotel tu ada gym lagi bagus. Make use of the facilities.  Korang bayar okayy.. belasah jerr..

So, bila dah balik ni, pagi2 buta ni apa lagi..walaupun semalam balik dari Langkawi dah penat gila.. akak gagahkan jugak sarung kasut Adidas buruk kesayangan, drive ke Bukit Kiara (belakang Bukit Kiara Equestrian Resort). Rasa bersalah kononnya 3 hari kat Langkawi makan tak ingat dunia......

Kenapa Bukit Kiara?? of coz sebab kawasan yang berbukit bukau .. sejuk, banyak pokok2 n  redup. Korang kena try lari/jogging kat sini.. bestt... akak suka.. pagi2 memang ramai orang exercise kat sini berjalan, jogging, cycling. for those yang suka cycling, ada cycling trail kat dalam hutan kat situ.

Image result for bukit kiara running trail
sumber : thestar.com.my

Korang nak tau apa kelebihan2 berlari (atau berjalan) dikawasan berbukit ni?? Lagi banyak calories yang dibakar. Muscles lagi banyak bekerja compare than berlari (atau berjalan) dikawasan rata.

Lagi? sangat bagus untuk membina stamina dan membina daya ketahanan (endurance) korang.

Increase your speed. Bina muscles kaki yang boleh buat kita lari laju sikit larr...

Ehhhh.. bukan naik bukit je ada kelebihannya tau.. turun bukit pun... bila dah naik tu, kena lar turun.. untuk excersice turun bukit ni banyak menggerakkan/bekerja pada bahagian bawah tubuh (engage lower abs and quads).

So, pagi tadi dapat lar akak melepaskan dendam kesumat.. 1 jam turun naik kat Bukit Kiara tu..  puas. walaupun mula2 naik 1st bukit tu akak pancit.. mood lari lambat sampai... lari slow2 je.. bukan nak kejar apa pun... 

The moral of the story.. bila pergi holiday tu.. control2 lar sikit ya.. jangan dah balik.. terkejut badak tengok mesin timbang tu...

"Take care of your body, it's the only place you have to live in".

Thursday, 5 November 2015

JOM SHOPPING!!

Hari ni akak nak story pasal kat mana korang boleh dapatkan barang2 sports ni. One of them is Sports Direct. Lebih kurang macam UK version of Al-Ikhsan. Segala benda korang nak carik terlintas kat kepala semua ada kat sini, brand aje yang different. Adidas, Nike, Asics, Karrimor, PUMA, New Balance... ishhhh macam2 lagi larr... now tengah ada sale ni sampai 9th Nov... Dalam setahun tu banyak kali jugak dorang ni buat Sale... Murah... http://www.sportsdirect.com.my/



Al-Ikhsan, semua orang tau kot. Semua outlets Al-Ikhsan tengah on Sale sampai 13th Nov. http://www.al-ikhsan.com/ Apa lagi?? Mana yang paling dekat dengan rumah korang ler..




World of Outdoors. Akak suka. Ada satu kat the Gardens Mall. Different sikit. Nak beli outdoor sports items yang canggih manggih macam Solomon, Columbia boleh cari kat sini,  macam best.

Hasil carian imej untuk world of outdoor mid valley


Next entry akak story kat korang macamana nak carik sports shoes yang sesuai untuk kaki korang ya. Jangan main belasah jer beli, tengok design, colour cantik, dah korang cair..

Stay tune....